Purnama di Bumi Pahang

menyuluh kelam kehidupan orang Pahang

PAS PAHANG PERKENAL PRODUK BARU TAKAFUL KHAIRAT KEMATIAN

Posted by alahmadi di Mac 1, 2009

logodtetiqa

Mulai Mac 2009, ahli-ahli PAS Pahang boleh menikmati pakej perlindungan takaful tabarruk khairat kematian pada kadar yang amat menarik. Dana Takwa PAS Pahang, badan yang mengurus projek kebajikan pintar ini dengan kerjasama eTiqa Takaful Berhad, memperkenalkan tiga pelan takaful baru iaitu:

1. PRODUK PERTAMA:


· Pelan Takaful Amal Jamaie (AJAM), dan

· Pelan Takaful Amal Jamaie Warga Emas (AJWE)

· Kedua-dua Pelan ini disasarkan kepada semua ahli PAS berusia 18-65 tahun dan 66-80 tahun. Produk menarik ini adalah gabungan Yuran Tahunan Ahli PAS dan sumbangan tabarruk untuk khairat kematian. Dengan hanya kos RM10.00 atau RM25.00, peserta dapat membantu parti sekali gus menyediakan perlindungan takaful seperti berikut:

jadualptajam

· Pelan ini memberikan perlindungan takaful 24 jam termasuk di dalam atau di luar waktu bekerja dan di mana-mana tempat seluruh dunia.

· Ahli-ahli PAS di seluruh Pahang diseru menyertai pakej ini sekali gus membayar yuran tahunan yang merupakan kewajipan rutin amal jamaie. Pembayaran penyertaan hendaklah dibuat melalui Bendahari atau Setiausaha PAS Cawangan masing-masing atau menghubungi Pejabat PAS Kawasan-Kawasan untuk temu janji.

· Produk ini bagaimanapun terbuka untuk turut disertai oleh sesiapa sahaja khasnya para penyokong PAS, ahli Kelab Penyokong PAS dan rakyat jelata. Ini merupakan salah satu inisiatif PAS Pahang menyediakan perlindungan kebajikan pada kadar termampu oleh ahli dan rakyat.

2. PRODUK KEDUA


· Pelan Takaful al-Ansar

· Produk ini adalah produk pilihan bagi ahli atau mereka yang berkemampuan untuk perlindungan khairat yang lebih besar seperti berikut:

jadualptalansar

· Produk ini hanya boleh disertai melalui Agen Dana Takwa di semua Kawasan:

C. HIGHLANDS:

Ustaz Ibrahim

013-904 2464

LIPIS:

· Ustaz Ishak

019-989 5061

· Haji Abu Hassan

013-928 2812

RAUB:

Haji Shahrin

013-981 8241

JERANTUT:

Mat Yunus

019-904 6824

INDERA MAHKOTA:

Abdul Aziz

019-936 1950

Azira

013-909 1109

KUANTAN:

Razali

019-951 1131

PAYA BESAR:

Johari

013-984 4767

PEKAN:

En. Jaridah

019-984 0962

MARAN:

· Haji Mohd Nor

013-984 0644

· Cik Noraini

019-944 6283

· Ustaz Ramli

013-996 2172

KUALA KRAU:

· Ustaz Aris

019-985 5883

· Haji Sharuddin

019-952 1188

TEMERLOH:

· Cikgu Roslan

019-913 5279

· Cikgu Majid

019-910 2141

· Ustaz Fairuz

019-915 2527

BENTONG:

· Ustaz Junaidi

013-982 2059

· Fathi

019-547 7348

BERA:

Saha

019-966 5093

ROMPIN:

Mazlan

013-922 9190

Maklumat lanjut untuk penyertaan secara online boleh berhubung dengan pejabat Dana Takwa PAS Pahang:

· Puan Ami: 013-998 2381

· Cik Rodiah: 017-336 8019

· Roslan: 013-922 5143

DANA TAKWA PAS PAHANG

Tingkat 1, No. 3, Jalan Datuk Bahaman 4

Pusat Komersial Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang

Tel.: 09-296 5143, 013-922 5143

Faks : 09-296 6143

E-mel : danatakwa@paspahang.org  ATAU bppnphg@gmail.com

Laman Web: http://www.paspahang.org/

· Pembayaran penyertaan secara online ke akaun:


i. Dana Takwa PAS Pahang:· BIMB 06028010041706

ii. Pakatan Amal Sejagat:· Maybank 556057201817

Posted in Kebajikan, Pas Pahang, takaful | Leave a Comment »

MAJLIS PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN PAS NEGERI PAHANG

Posted by alahmadi di Februari 18, 2009

TARIKH:

28 Februari 2009 (SABTU)

TEMPAT:

Dataran Markaz PAS Kawasan Maran, Lot 2782 Kg Embun

28100 Chenor, Maran

ATUR CARA MAJLIS

10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Sukaneka (DMP Maran)

2.30 petang

Pendaftaran Peserta

3.00 petang

Motivasi Muslimat

Pertandingan Mewarna

Persembahan Nasyid

Deklamasi Sajak

4.30 petang

Solat Asar

Minum Petang

5.45 petang

Pertunjukan Seni Silat

Pertandingan Sepak Raga Bulatan

6.30 petang

Makan Malam

7.00 malam

Tahlil Perdana

Solat Maghrib

Tazkirah

Solat Isyak

9.00 malam

Majlis Pelancaran Dana Kebajikan / Persembahan

o YB Salahuddin Ayub

o Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

o YB Dr Lo’ Lo’ binti Dato’ Haji Mohd Ghazali

o AJK PAS Pusat / Pengerusi LKK PAS Pusat

o YH Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man

o Pesuruhjaya PAS Pahang / AJK PAS Pusat

Posted in Kebajikan, Pas Pahang | Di tag: | Leave a Comment »

Jebat Derhaka?

Posted by alahmadi di Februari 13, 2009

Posted in Keadilan, Politik Malaysia | Di tag: , , , | 1 Comment »

NAIKKAN KADAR GERAN PER KAPITA MURID SEKOLAH

Posted by alahmadi di Februari 13, 2009

Rakyat menarik nafas lega apabila sesi persekolahan yang dibuka di awal Januari 2009, tidak ada sebarang yuran dikenakan melainkan hanya kos pembelian buku latihan dan yuran takaful berkelompok.

‘TAHNIAH’ kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Tun Hussein kerana dengan liciknya ‘telah mengotakan’ manifesto BN UNTUK MENYEDIAKAN PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK RAKYAT MALAYSIA. Menteri Umno itu kini boleh berlepas tangan kerana jika pun ada bayaran tambahan dikenakan kepada para pelajar dan ibu bapa mulai Mac akan datang, bayaran itu ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PIBG.!!!

Bermula Februari hingga Mac ini PIBG sekolah-sekolah di negeri Pahang akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan antara agenda utamanya ialah membincangkan isu bayaran tambahan seperti mana diminta oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Kadar yuran tambahan yang ditetapkan PIBG adalah pelbagai, mengikut keperluan sekolah masing-masing. Alasannya untuk menampung kegiatan kurikulum dan kokurikulum. PIBG salah sebuah sekolah kebangsaan di Temerloh menetapkan kadar bayaran tambahan RM107.00 bagi pelajar Tahun 6 dan pelajar tahun lain RM57.00. Malah ada PIBG sekolah lain yang mengenakan kadar yang lebih tinggi.

Dalam kesuraman ekonomi dunia sekarang, nyata kadar bayaran tambahan tersebut menambah beban berpanjangan kepada ibu bapa terutama yang bergantung kepada pekerjaan tanpa pendapatan tetap. Nelayan laut dan nelayan sungai, penoreh getah, pemandu teksi, pemandu lori, buruh kasar, peniaga kecil, dan kakitangan sokongan di sektor awam serta swasta pasti menghadapi saat sukar pada ketika kos hidup melambung tinggi walaupun harga minyak turun berganda. Tidak mustahil ada yang terpaksa berhutang untuk membayar yuran sekolah terutama jika mereka pada masa sama mempunyai anak-anak yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi.

Ibu bapa yang terpaksa menghadapi kesukaran kewangan ini bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat, malah penyokong-penyokong tegar Umno-BN, anggota-anggota polis pelbagai pangkat, anggota JKKK dan seluruh rakyat marhaen. Ibu bapa mahu atau tidak terpaksa membayar yuran baru ‘yang dikenakan’ oleh PIBG jika tidak mahu pembelajaran anak-anak mereka terjejas.

Sebenarnya PIBG hanyalah sekadar kambing hitam sebagai helah menutup kelemahan kerajaan BN. Mungkin melalui pendekatan berhelah seperti ini mungkin pemimpin BN berjaya menjimatkan banyak wang kerajaan. Mungkin wang itu nanti ‘boleh digunakan’ untuk kempen pemilihan Umno Mac 2009, atau mungkin untuk membeli lebih ramai wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya melompat menyertai BN.

PAS menggesa semua PIBG dan kesatuan profesion perguruan di seluruh negara bangkit memperbetulkan keadaan ini. Apa sebenarnya yang wajar dilakukan ialah Kementerian Pelajaran perlu mengkaji semula kadar geran per kapita yang diberikan kepada sekolah-sekolah.

Menurut sumber-sumber, kadar geran per kapita yang diberikan sekarang ini berbeza-beza mengikut kriteria sekolah. Namun difahamkan jumlah geran per kapita tersebut tidak mampu menampung keperluan sekolah sementelahan lagi kadar tersebut adalah kadar lama yang perlu dikaji semula sejajar dengan situasi sosioekonomi semasa. Justeru PAS Pahang menyarankan semua PIBG mengemukakan usul menggesa kerajaan mengkaji semula kadar geran per kapita murid sekolah dinaikkan kepada kadar baru yang lebih munasabah dalam bajet 2010. Mungkin kadar yang sesuai ialah melebihi RM300 bagi setiap murid.

Kerajaan BN hakikatnya menipu rakyat jelata dengan slogan Pendidikan Percuma Untuk Rakyat. Taktik inilah juga digunakan BN untuk mengelirukan rakyat dan istana untuk merampas kerajaan rakyat di Perak sehingga mengheret kepada krisis perlembagaan di negeri tersebut.

ROSLAN BIN ZAINAL AL-AHMADI

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang

13 Februari 2009

Posted in Kebajikan, Pas Pahang, Pendidikan, Politik Malaysia, Yuran Sekolah | Di tag: , , , | Leave a Comment »

MADU LEBAH TUALANG PAHANG – DIJAMIN ASLI!!!

Posted by alahmadi di Februari 12, 2009

Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti diperakui oleh para penyelidik. Ia juga dikenali sebagai madu hutan tropika (Tropikal Forest Honey), dihasilkan oleh lebah liar dikenali sebagai lebah sialang.

Dijamin Asli. Harga Termasuk Belanja Pos

Dijamin Asli. Harga Termasuk Belanja Pos

Malaysia adalah antara negara yang bertuah yang mempunyai hutan hujan tropika yang tertua dan terkaya di dunia. Sumber flora dan faunanya yang hebat dengan pelbagai spesies lebah liar yang tidak terdapat di negara lain. Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi yang banyak didapati di hutan di semenanjung terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para penyelidik. Ia mengandungi debunga, mineral, banyak jenis vitamin dan enzim semula jadi dan ia tiada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah ternak.
Ciri-ciri madu lebah tualang;

a)     mempunyai agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesium yang tinggi dan jika disimpan lebih lama warna madu akan menjadi lebih gelap lagi;

b)     Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul di permukaan dan setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut dan meninggalkan kesan buih di permukaan;

c)      Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit disebabkan oleh bau pati debunga hutan;

d)     Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan menyengat bila ditelan;

e)     sesiapa yang biasa meminum madu sendirinya dapat membezakan madu lebah yang asli dengan yang tiruan.

Khasiat madu itu sendiri tersedia maklum oleh semua masyarakat di dunia sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

maduleleh

DAPATKAN MADU TUALANG PAHANG DARIPADA KAMI

SMS KE 013-922 5143, nyatakan nama dan alamat pos

Penghantaran akan dibuat setelah kami menerima bayaran melalui akaun berikut:

ROSLAN ZAINAL: Maybank 156057215448 atau Bank Islam  06028010032181.

Harga termasuk belanja pos.

Posted in Kesihatan | Di tag: | 5 Comments »

Nasib Peniaga Melayu

Posted by alahmadi di Februari 9, 2009

Alahai, Temerloh Bersih, Indah dan Menarik. Slogan ini tidak boleh digunakan di kawasan perniagaan Taman Temerloh Jaya. Padankah dengan kemudahan yang disediakan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) ini untuk orang-orang Melayu berniaga?

Temerloh Jaya

Temerloh Jaya

Bukan sahaja bangunan sempurna tiada, sekadar berbumbungkan kanvas koyak rabak, malah bekalan elektrik dan air bersih pun tidak disediakan. Agak-agaknya Ahli Majlis dan agensi-agensi kerajaan berkaitan khasnya Jabatan Kesihatan tak pernah berkunjung ke situ?

warung dan landskap kosong

warung dan landskap kosong

Aduhai, bukalah mata wahai pihak berwajib, sediakanlah tempat berniaga atau medan selera yang sewajarnya di kawasan TJ6 ini, biar sejajar dengan slogan Majlis. Bukan sekadar itu, buatlah landskap sewajarnya supaya sedap mata memandang…

Posted in Kebajikan, Kesihatan, Temerloh, Usahawan | Di tag: , , , | 1 Comment »

Projek Untuk Siapa?

Posted by alahmadi di Februari 9, 2009

Kedai Untuk Siapa? Projek Siapa Punya?

Kedai Untuk Siapa? Projek Siapa Punya?

Sudah beberapa tahun aku berulang alik melalui Kg Kuala Teh, Jerantut. Maksudnya sudah jenuh aku melihat bangunan rumah kedai projek luar bandar yang sudah lama siap dibina namun masih belum dimanfaatkan. Sebenarnya jika kita rajin mengambil gambar foto, banyak projek-projek seumpama ini yang dibina oleh kerajaan BN Pahang tetapi tidak digunakan. Antaranya ialah di Lebuh Raya Tun Razak, Keratong (berhampiran Bukit Serok), berhampiran Masjid Kg. Chempaka, Lanchang dan lain-lain.

Misterinya, apakah projek ini benar-benar dirancang untuk membantu usahawan luar bandar atau sekadar untuk merasionalkan penggunaan bajet dan dibuat untuk manfaat golongan kontraktor tertentu??? Misteri ini tidak dapat  dibongkar kerana ketiadaan suara atau wakil alternatif di dalam Majlis Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini kerana hampir keseluruhan anggota Majlis PBT adalah dari kroni parti memerintah. Sementelah lagi budaya pengurusan tidak telus yang mengulit PBT di seluruh negeri Pahang, selagi BN berkuasa…..

Posted in Jerantut, Keadilan, Kebajikan, Politik Malaysia, Usahawan | Di tag: , , | 1 Comment »

Bangunan Pejabat Baru PAS Negeri Pahang

Posted by alahmadi di Februari 8, 2009

Pejabat Baru PAS Pahang

Pejabat Baru PAS Pahang

Alhamdulillah, akhirnya kerja-kerja ubahsuai bangunan pejabat baru Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang hampir 100% siap dan telah mula beroperasi sejak awal Januari 2009. Pejabat baru yang terletak di No. 3, Jalan Datuk Bahaman 4, Pusat Komersial Temerloh ini merupakan mercutanda baru kegigihan ahli-ahli dari penyokong PAS Negeri Pahang untuk memperkasakan PAS di persada politik Negeri Pahang.

Sumbangan daripada semua masih diperlukan untuk menampung kos pembelian berbaki sekitar RM300 ribu. Sumbangan, infak, hibah atau zakat boleh disalurkan terus ke akaun Perhubugan PAS PAhang di BIMB 06028010000076 atau Maybank 556057201847. Mohon dimaklumkan sumbangan tersebut kepada SMS 013-922 5143 atau e-mel bppnphg@gmail.com

Posted in Pas Pahang, Politik Malaysia, Temerloh | Di tag: , , | 1 Comment »

Tun Mahathir Kata Demo di Jalanan Bukan Cara Kita

Posted by alahmadi di Februari 8, 2009

Tun Mahathir Kata Demo di Jalanan Bukan Cara Kita (http://www.malaysiakini.com/news/97847), tapi Mahathir lupa siapa yang memulakan budaya demo besar-besaran di Malaysia. Memang Mahathir Melayu yang MUDAH LUPA! Bukankah dia yang mengajak ribuan rakyat Malaysia berdemo mengangkat poster-poster besar gambar beliau ketika beliau memimpin kerajaan BN pada tahun 1983 dalam krisis perlembagaan negara ketika itu?! Beliau bukan sahaja menggerakkan rakyat turun berdemo malah melalui pelbagai medium “menelanjangkan” raja-raja Melayu dalam usaha beliau memenangi ‘peperangan untuk melucutkan kekebalan raja-raja Melayu.’

Hari ini pemimpin-pemimpin BN yang dulu (tahun 1983) turut berdemo bersama Mahathir menentang raja-raja Melayu sekali lagi melanggar keluhuran Perlembagaan Malaysia dengan mengheret istana melakukan coup d’etat (kudeta) terhadap kerajaan negeri perak pimpinan Pakatan Rakyat. Pemimpin BN dengan rakus dan gelojoh kemabukan nafsu ingin berkuasa mengetepikan prinsip demokrasi di mana seseorang Menteri Besar hanya wajar dilucutkan jawatannya melalui sidang DUN yang sah.. dan dalang di sebalik tindakan gelojoh lagi tidak berperlembagaan (unconstitutional) ini ialah anak bekas Perdana Menteri yang diwar-warkan akan menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009.

Mencabuli amalan demokrasi! Peristiwa kudeta di Perak ini menjadi mukadimah hala tuju Malaysia jika berperdana-menterikan Datuk Seri Najib! Awas rakyat Malaysia, kerana sebelum ini Najib tidak pernah dikenal sebagai seorang pemimpin yang mempunyai misi tulen yang dilahirkan beliau untuk rakyat Malaysia…. beliau hanya sekadar menumpang legasi orang terdahulu…

Posted in Keadilan, Pas Pahang, Politik Malaysia, Temerloh | Di tag: , , | 1 Comment »

Bunga Bakawali Kembang

Posted by alahmadi di November 14, 2007

Alhamdulillah, buat pertama kali dalam hidup dapat melihat sendiri bunga bakawali kembang di tengah malam. Bunga bakawali ni memang kembang tengah malam sahaja dan hanya untuk kira-kira 3 jam sahaja sebelum kuncup menjelang subuh.

Antara khasiat bunga ini ialah diproses secara tradisional iaitu digoreng dengan minyak masak dicampur lada hitam dan herba-herba lain. Minyaknya yang pekat disimpan di dalam botol kaca untuk digunakan sebagai minyak urut atau untuk melegakan kesakitan akibat gigitan serangga, melecet dan luka kecil.

Lihatlah cantiknya bunga ini (dan baunya amat wangi ketika sedang berkembang!!!) yang dapat dirakam di laman rumahku pada 13 November 2007.

bakawali10mlm002.jpg

Kembang Penuh Pada 12 malam

Posted in 1 | Di tag: , , | 9 Comments »

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.