Bunga Bakawali Kembang
Posted by alahmadi di November 14, 2007
Alhamdulillah, buat pertama kali dalam hidup dapat melihat sendiri bunga bakawali kembang di tengah malam. Bunga bakawali ni memang kembang tengah malam sahaja dan hanya untuk kira-kira 3 jam sahaja sebelum kuncup menjelang subuh.
Antara khasiat bunga ini ialah diproses secara tradisional iaitu digoreng dengan minyak masak dicampur lada hitam dan herba-herba lain. Minyaknya yang pekat disimpan di dalam botol kaca untuk digunakan sebagai minyak urut atau untuk melegakan kesakitan akibat gigitan serangga, melecet dan luka kecil.
Lihatlah cantiknya bunga ini (dan baunya amat wangi ketika sedang berkembang!!!) yang dapat dirakam di laman rumahku pada 13 November 2007.
hani said
Boleh saya bertanya benarkah jika kita makan bunga bakawali dapat memulihkan mata yang rabun?
KaL said
En Alahmadi,
Betulke dahan pokok bakawali, jika dikunyah boleh mengurangkan kandungan gula dalam badan? Iaitu baik untuk orang diabetik?
Tima Acheh.
KaL
Ollynn said
assalamualaikum
kat mana saya boleh beli bunga bakawali nie?
atau kat mana saya boleh lihat.
azhar said
Saya baru beli pokok bakawali ni secara kebetulan di sebuah nursery di sg petani dgn haarga RM12. Ada satu kuntum yg kiranya nak berbunga. Baru dibiarkan semalaman dan pagi ni kuntumnya tertanggal bila saya cuba alihkan pasunya. Adakah kuntum tu dah kembang malam tadi atau terttanggal disebabkan saya alihkan pasunya? Untuk makluman,kuntumnya masih dalam keadaan sama seperti kelmarin.
Nabila said
Bila bunga tlh bkembang n layu, kita leh tgk kelopak2 bunga dh x teratur. Dan slalunya kuntum yg dh kembang xkan gugur cepat.
Miss Tan said
Salam Sejahtera Alahmadi,
Saya perlu mencari bunga Bakawali. Saya tingggal di Kuala Lumpur. Boleh beritahu di mana di lembah Kelang saya boleh mencari bunga ini. Saya sangat berharap tuan dapat membantu saya dalam hal ini.
Miss Tan
pak we said
sesiapa yg menginginkan benih bunga bakawali… boleh hubungi saya… 019-9729818…
maszri said
Baru tengok bunga bakawli ni berkembang di rumah jiran. Memang wangi.
leya said
dilaman saya ada bunga bakawali tgh nak berkembang 2 kuntum, mlm ni nak tengok macam mana. seblm ini x tau khasiatnya, buang begitu aje bunganya. pkk ni selalu ada bunga kdg2 tu empat lima kuntum sekali kembang tapi tak pernah saya tunggu sebab terlupa. bila bangun pagi baru teringat, lihat je yang dah layu.