Purnama di Bumi Pahang

menyuluh kelam kehidupan orang Pahang

Tun Mahathir Kata Demo di Jalanan Bukan Cara Kita

Posted by alahmadi di Februari 8, 2009

Tun Mahathir Kata Demo di Jalanan Bukan Cara Kita (http://www.malaysiakini.com/news/97847), tapi Mahathir lupa siapa yang memulakan budaya demo besar-besaran di Malaysia. Memang Mahathir Melayu yang MUDAH LUPA! Bukankah dia yang mengajak ribuan rakyat Malaysia berdemo mengangkat poster-poster besar gambar beliau ketika beliau memimpin kerajaan BN pada tahun 1983 dalam krisis perlembagaan negara ketika itu?! Beliau bukan sahaja menggerakkan rakyat turun berdemo malah melalui pelbagai medium “menelanjangkan” raja-raja Melayu dalam usaha beliau memenangi ‘peperangan untuk melucutkan kekebalan raja-raja Melayu.’

Hari ini pemimpin-pemimpin BN yang dulu (tahun 1983) turut berdemo bersama Mahathir menentang raja-raja Melayu sekali lagi melanggar keluhuran Perlembagaan Malaysia dengan mengheret istana melakukan coup d’etat (kudeta) terhadap kerajaan negeri perak pimpinan Pakatan Rakyat. Pemimpin BN dengan rakus dan gelojoh kemabukan nafsu ingin berkuasa mengetepikan prinsip demokrasi di mana seseorang Menteri Besar hanya wajar dilucutkan jawatannya melalui sidang DUN yang sah.. dan dalang di sebalik tindakan gelojoh lagi tidak berperlembagaan (unconstitutional) ini ialah anak bekas Perdana Menteri yang diwar-warkan akan menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009.

Mencabuli amalan demokrasi! Peristiwa kudeta di Perak ini menjadi mukadimah hala tuju Malaysia jika berperdana-menterikan Datuk Seri Najib! Awas rakyat Malaysia, kerana sebelum ini Najib tidak pernah dikenal sebagai seorang pemimpin yang mempunyai misi tulen yang dilahirkan beliau untuk rakyat Malaysia…. beliau hanya sekadar menumpang legasi orang terdahulu…

Satu Respons kepada “Tun Mahathir Kata Demo di Jalanan Bukan Cara Kita”

  1. Mazlan said

    Memang betul Najib melakukan rampasan
    kuasa secara tidak bermaruah dan bacul.

    SPR pula melakukan tindakan melampaui batas kuasanya.
    Cuma pernan kita khususnya JAPEN perlu segera menyampaikan maklumat dalam apa-apa isu melalui komunikasi yang terancang dan sisitematik kepada semua pimpinan disemua peringkat .

    Dengan ini maklumat yang tepat dapat difahami hingga ke akar umbi seterusnya kepada masyarakat ,InsyAallah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: