Purnama di Bumi Pahang

menyuluh kelam kehidupan orang Pahang

Archive for the ‘1’ Category

Bunga Bakawali Kembang

Posted by alahmadi di November 14, 2007

Alhamdulillah, buat pertama kali dalam hidup dapat melihat sendiri bunga bakawali kembang di tengah malam. Bunga bakawali ni memang kembang tengah malam sahaja dan hanya untuk kira-kira 3 jam sahaja sebelum kuncup menjelang subuh.

Antara khasiat bunga ini ialah diproses secara tradisional iaitu digoreng dengan minyak masak dicampur lada hitam dan herba-herba lain. Minyaknya yang pekat disimpan di dalam botol kaca untuk digunakan sebagai minyak urut atau untuk melegakan kesakitan akibat gigitan serangga, melecet dan luka kecil.

Lihatlah cantiknya bunga ini (dan baunya amat wangi ketika sedang berkembang!!!) yang dapat dirakam di laman rumahku pada 13 November 2007.

bakawali10mlm002.jpg

Kembang Penuh Pada 12 malam

Posted in 1 | Di tag: , , | 9 Comments »

Nasib Pembayar Cukai di Negara 50 Tahun Merdeka

Posted by alahmadi di November 6, 2007

dscf0012.jpgMalang! Setelah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, rakyat jembel seolah-olah dianaktirikan dalam menikmati kemudahan riadhah yang berkualiti. Gambar ini menceritakan sengsara anak-anak di Taman Temerloh Jaya untuk bermain bolasepak…. Meskipun mereka pembayar cukai, namum tiang gol ‘tidak tersenarai’ dalam kemudahan yang sepatutnya disediakan oleh Majlis Perbandaran Temerloh.

Ini adalah salah satu bukti kecil betapa dengan pembunuhan demokrasi dalam pemilihan kepimpinan kerajaan tempatan memberikan impak sengsara kepada rakyat. Banyak lagi  bukti lain yang boleh dirakam untuk memaparkan kepincangan pentadbiran kerajaan tempatan di seluruh negara.

KEMBALIKAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN! Rakyat perlu diberi wakil di dalam pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan proses semak dan imbang (check and balance) memberi faedah kepada rakyat.

Posted in 1 | Di tag: | Leave a Comment »