Purnama di Bumi Pahang

menyuluh kelam kehidupan orang Pahang

Archive for the ‘Kesihatan’ Category

MADU LEBAH TUALANG PAHANG – DIJAMIN ASLI!!!

Posted by alahmadi di Februari 12, 2009

Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti diperakui oleh para penyelidik. Ia juga dikenali sebagai madu hutan tropika (Tropikal Forest Honey), dihasilkan oleh lebah liar dikenali sebagai lebah sialang.

Dijamin Asli. Harga Termasuk Belanja Pos

Dijamin Asli. Harga Termasuk Belanja Pos

Malaysia adalah antara negara yang bertuah yang mempunyai hutan hujan tropika yang tertua dan terkaya di dunia. Sumber flora dan faunanya yang hebat dengan pelbagai spesies lebah liar yang tidak terdapat di negara lain. Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi yang banyak didapati di hutan di semenanjung terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para penyelidik. Ia mengandungi debunga, mineral, banyak jenis vitamin dan enzim semula jadi dan ia tiada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah ternak.
Ciri-ciri madu lebah tualang;

a)     mempunyai agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesium yang tinggi dan jika disimpan lebih lama warna madu akan menjadi lebih gelap lagi;

b)     Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul di permukaan dan setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut dan meninggalkan kesan buih di permukaan;

c)      Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit disebabkan oleh bau pati debunga hutan;

d)     Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan menyengat bila ditelan;

e)     sesiapa yang biasa meminum madu sendirinya dapat membezakan madu lebah yang asli dengan yang tiruan.

Khasiat madu itu sendiri tersedia maklum oleh semua masyarakat di dunia sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

maduleleh

DAPATKAN MADU TUALANG PAHANG DARIPADA KAMI

SMS KE 013-922 5143, nyatakan nama dan alamat pos

Penghantaran akan dibuat setelah kami menerima bayaran melalui akaun berikut:

ROSLAN ZAINAL: Maybank 156057215448 atau Bank Islam  06028010032181.

Harga termasuk belanja pos.

Posted in Kesihatan | Di tag: | 5 Comments »

Nasib Peniaga Melayu

Posted by alahmadi di Februari 9, 2009

Alahai, Temerloh Bersih, Indah dan Menarik. Slogan ini tidak boleh digunakan di kawasan perniagaan Taman Temerloh Jaya. Padankah dengan kemudahan yang disediakan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) ini untuk orang-orang Melayu berniaga?

Temerloh Jaya

Temerloh Jaya

Bukan sahaja bangunan sempurna tiada, sekadar berbumbungkan kanvas koyak rabak, malah bekalan elektrik dan air bersih pun tidak disediakan. Agak-agaknya Ahli Majlis dan agensi-agensi kerajaan berkaitan khasnya Jabatan Kesihatan tak pernah berkunjung ke situ?

warung dan landskap kosong

warung dan landskap kosong

Aduhai, bukalah mata wahai pihak berwajib, sediakanlah tempat berniaga atau medan selera yang sewajarnya di kawasan TJ6 ini, biar sejajar dengan slogan Majlis. Bukan sekadar itu, buatlah landskap sewajarnya supaya sedap mata memandang…

Posted in Kebajikan, Kesihatan, Temerloh, Usahawan | Di tag: , , , | 1 Comment »