Purnama di Bumi Pahang

menyuluh kelam kehidupan orang Pahang

Archive for the ‘Temerloh’ Category

Nasib Peniaga Melayu

Posted by alahmadi di Februari 9, 2009

Alahai, Temerloh Bersih, Indah dan Menarik. Slogan ini tidak boleh digunakan di kawasan perniagaan Taman Temerloh Jaya. Padankah dengan kemudahan yang disediakan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) ini untuk orang-orang Melayu berniaga?

Temerloh Jaya

Temerloh Jaya

Bukan sahaja bangunan sempurna tiada, sekadar berbumbungkan kanvas koyak rabak, malah bekalan elektrik dan air bersih pun tidak disediakan. Agak-agaknya Ahli Majlis dan agensi-agensi kerajaan berkaitan khasnya Jabatan Kesihatan tak pernah berkunjung ke situ?

warung dan landskap kosong

warung dan landskap kosong

Aduhai, bukalah mata wahai pihak berwajib, sediakanlah tempat berniaga atau medan selera yang sewajarnya di kawasan TJ6 ini, biar sejajar dengan slogan Majlis. Bukan sekadar itu, buatlah landskap sewajarnya supaya sedap mata memandang…

Posted in Kebajikan, Kesihatan, Temerloh, Usahawan | Di tag: , , , | 1 Comment »

Bangunan Pejabat Baru PAS Negeri Pahang

Posted by alahmadi di Februari 8, 2009

Pejabat Baru PAS Pahang

Pejabat Baru PAS Pahang

Alhamdulillah, akhirnya kerja-kerja ubahsuai bangunan pejabat baru Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang hampir 100% siap dan telah mula beroperasi sejak awal Januari 2009. Pejabat baru yang terletak di No. 3, Jalan Datuk Bahaman 4, Pusat Komersial Temerloh ini merupakan mercutanda baru kegigihan ahli-ahli dari penyokong PAS Negeri Pahang untuk memperkasakan PAS di persada politik Negeri Pahang.

Sumbangan daripada semua masih diperlukan untuk menampung kos pembelian berbaki sekitar RM300 ribu. Sumbangan, infak, hibah atau zakat boleh disalurkan terus ke akaun Perhubugan PAS PAhang di BIMB 06028010000076 atau Maybank 556057201847. Mohon dimaklumkan sumbangan tersebut kepada SMS 013-922 5143 atau e-mel bppnphg@gmail.com

Posted in Pas Pahang, Politik Malaysia, Temerloh | Di tag: , , | 1 Comment »

Tun Mahathir Kata Demo di Jalanan Bukan Cara Kita

Posted by alahmadi di Februari 8, 2009

Tun Mahathir Kata Demo di Jalanan Bukan Cara Kita (http://www.malaysiakini.com/news/97847), tapi Mahathir lupa siapa yang memulakan budaya demo besar-besaran di Malaysia. Memang Mahathir Melayu yang MUDAH LUPA! Bukankah dia yang mengajak ribuan rakyat Malaysia berdemo mengangkat poster-poster besar gambar beliau ketika beliau memimpin kerajaan BN pada tahun 1983 dalam krisis perlembagaan negara ketika itu?! Beliau bukan sahaja menggerakkan rakyat turun berdemo malah melalui pelbagai medium “menelanjangkan” raja-raja Melayu dalam usaha beliau memenangi ‘peperangan untuk melucutkan kekebalan raja-raja Melayu.’

Hari ini pemimpin-pemimpin BN yang dulu (tahun 1983) turut berdemo bersama Mahathir menentang raja-raja Melayu sekali lagi melanggar keluhuran Perlembagaan Malaysia dengan mengheret istana melakukan coup d’etat (kudeta) terhadap kerajaan negeri perak pimpinan Pakatan Rakyat. Pemimpin BN dengan rakus dan gelojoh kemabukan nafsu ingin berkuasa mengetepikan prinsip demokrasi di mana seseorang Menteri Besar hanya wajar dilucutkan jawatannya melalui sidang DUN yang sah.. dan dalang di sebalik tindakan gelojoh lagi tidak berperlembagaan (unconstitutional) ini ialah anak bekas Perdana Menteri yang diwar-warkan akan menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009.

Mencabuli amalan demokrasi! Peristiwa kudeta di Perak ini menjadi mukadimah hala tuju Malaysia jika berperdana-menterikan Datuk Seri Najib! Awas rakyat Malaysia, kerana sebelum ini Najib tidak pernah dikenal sebagai seorang pemimpin yang mempunyai misi tulen yang dilahirkan beliau untuk rakyat Malaysia…. beliau hanya sekadar menumpang legasi orang terdahulu…

Posted in Keadilan, Pas Pahang, Politik Malaysia, Temerloh | Di tag: , , | 1 Comment »