Alhamdulillah, buat pertama kali dalam hidup dapat melihat sendiri bunga bakawali kembang di tengah malam. Bunga bakawali ni memang kembang tengah malam sahaja dan hanya untuk kira-kira 3 jam sahaja sebelum kuncup menjelang subuh.
Antara khasiat bunga ini ialah diproses secara tradisional iaitu digoreng dengan minyak masak dicampur lada hitam dan herba-herba lain. Minyaknya yang pekat disimpan di dalam botol kaca untuk digunakan sebagai minyak urut atau untuk melegakan kesakitan akibat gigitan serangga, melecet dan luka kecil.
Lihatlah cantiknya bunga ini (dan baunya amat wangi ketika sedang berkembang!!!) yang dapat dirakam di laman rumahku pada 13 November 2007.