Purnama di Bumi Pahang

menyuluh kelam kehidupan orang Pahang

Posts Tagged ‘kerajaan tempatan’

Projek Untuk Siapa?

Posted by alahmadi di Februari 9, 2009

Kedai Untuk Siapa? Projek Siapa Punya?

Kedai Untuk Siapa? Projek Siapa Punya?

Sudah beberapa tahun aku berulang alik melalui Kg Kuala Teh, Jerantut. Maksudnya sudah jenuh aku melihat bangunan rumah kedai projek luar bandar yang sudah lama siap dibina namun masih belum dimanfaatkan. Sebenarnya jika kita rajin mengambil gambar foto, banyak projek-projek seumpama ini yang dibina oleh kerajaan BN Pahang tetapi tidak digunakan. Antaranya ialah di Lebuh Raya Tun Razak, Keratong (berhampiran Bukit Serok), berhampiran Masjid Kg. Chempaka, Lanchang dan lain-lain.

Misterinya, apakah projek ini benar-benar dirancang untuk membantu usahawan luar bandar atau sekadar untuk merasionalkan penggunaan bajet dan dibuat untuk manfaat golongan kontraktor tertentu??? Misteri ini tidak dapat  dibongkar kerana ketiadaan suara atau wakil alternatif di dalam Majlis Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini kerana hampir keseluruhan anggota Majlis PBT adalah dari kroni parti memerintah. Sementelah lagi budaya pengurusan tidak telus yang mengulit PBT di seluruh negeri Pahang, selagi BN berkuasa…..

Posted in Jerantut, Keadilan, Kebajikan, Politik Malaysia, Usahawan | Di tag: , , | 1 Comment »

Nasib Pembayar Cukai di Negara 50 Tahun Merdeka

Posted by alahmadi di November 6, 2007

dscf0012.jpgMalang! Setelah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, rakyat jembel seolah-olah dianaktirikan dalam menikmati kemudahan riadhah yang berkualiti. Gambar ini menceritakan sengsara anak-anak di Taman Temerloh Jaya untuk bermain bolasepak…. Meskipun mereka pembayar cukai, namum tiang gol ‘tidak tersenarai’ dalam kemudahan yang sepatutnya disediakan oleh Majlis Perbandaran Temerloh.

Ini adalah salah satu bukti kecil betapa dengan pembunuhan demokrasi dalam pemilihan kepimpinan kerajaan tempatan memberikan impak sengsara kepada rakyat. Banyak lagi  bukti lain yang boleh dirakam untuk memaparkan kepincangan pentadbiran kerajaan tempatan di seluruh negara.

KEMBALIKAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN! Rakyat perlu diberi wakil di dalam pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan proses semak dan imbang (check and balance) memberi faedah kepada rakyat.

Posted in 1 | Di tag: | Leave a Comment »